Seseorang : Antara kita tidak mungkin menjadi seperti dahulu lagi...
Aku: Mengapa antara kita tidak boleh menjadi seperti dahulu? Maksudmu?Adakah kita akan bertambah baik berbanding dahulu?
Seseorang: Mungkin kau tidak faham apa yng ku cuba sampaikan..Sudah ku katakan, kita tidak akan baik seperti dahulu, dan mustahil bagi kita akan menjadi bertambah baik di masa hadapan...
Aku : Mengapa perlu begitu? Aku rindukan masa2 kita dahulu..Kenangan silam antara kita..MEngapa?Kau sudah lupakah semua yang terjadi antara kita?
Seseorang : Diriku tidak pernah lupakan kesemua yg terjadi antara kita..mana mungkin ku lupakan, cuma diriku masih tidak bisa menerima garis garis luka yang telah kau lakarkan di hatiku ini...
Aku: Pernahkah aku melukakan hatimu? Kau tahu betapa selama ini bagaimana diriku melayan dirimu..Mana mungkin aku sanggup mencederakan hatimu..
Seseorang : Kau tidak sedar.. Kau mencederakan diriku secara tidak nyata..Cukuplah..diriku sudah tidak dapat lagi pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh dirimu...
Aku: Pernahkah diriku ini menipumu? MEngapa kau bersyakwasangka padaku? Sampai hati kau berkata sedemikian kepada diriku.. Sukarkah bagimu melepaskan perkara yang telah berlaku dari ingatanmu?
Seseorang : Sebelum kau berkata-kata sedemikian padaku..pernahkah kau juga melupakan kisah2 silam diantara kita? Tidak mungkin aku akan lupakan...Aku akan terus mengungkit dan mengungkit kisah silam itu, agar dirimu tidak lupa apa yang telah kau lakukan kepadaku..Agar kau tidak menyalahkan aku lagi di masa hadapanmu..
Aku : Kalau begitu katamu, cukuplah sampai di sini sahaja..Aku sudah tidak berdaya meneruskan perhubungan ini lagi. Aku tidak sanggup diriku dilukakan olehmu lagi...Semoga kau berbahagia tanpa kehadiranku yang menyentap tidur malammu..
Seseorang : Kalau begitu katamu..baiklah..Cuma, aku ingin kau tahu, bukan dirimu sahaja yang terluka..Diriku juga sangat terluka dengan perbuatan dan tutur katamu..Pergilah kau..Pergii
Aku : Sampainya hatimu berkata padaku.. Pergilah....Kerana ku yakin jika kau benar2 tercipta untukku, kau akan pulang kepadaku..Namun, aku tidak mengharap kepulanganmu..Diriku sudah tidak mampu bangkit dari kekecewaan yang kau tinggalkan padaku....Walaupun terlalu sukar diriku ini meneruskan hidup tanpamu, akan ku lalui juga hari2 yang mendatang dengan penuh kesabaran..Semoga kau bertemu insan terhebat berbanding diriku..Semoga diriku juga bertemu insan terhebat berbanding dirimu..Selamat tinggal, jangan kau tanya kemana ku pergi kerana ku tidak akan pernah muncul lagi dalam hidupmu...Itu janjiku dan aku benar2 maksudkannya...
~Resipi Triffle~
18 hours ago


